Reaksi Percubaan rampasan kuasa Turki 2016

Domestik

Pejabat Presiden Turki mengatakan bahawa Presiden Erdoğan sedang bercuti di luar Turki dan berada dalam keadaan selamat, dan mengutuk cubaan rampasan kuasa sebagai serangan ke atas demokrasi.[38][32] Satu sumber presiden juga mengatakan bahawa Erdoğan dan kerajaan beliau masih memegang kuasa.[40] Bercakap dalam sebuah program TV melalui FaceTime, Erdoğan menyeru rakyat Turki untuk keluar ke jalanan.[38][40][54] Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmuş muncul di kaca TV, menyatakan bahawa parti pemerintah Turki, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) masih mengetuai kerajaan. [40] Datuk Bandar Ankara, Melih Gökçek dari AKP, menggalakan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan kota untuk membuat demonstrasi, meskipun perintah berkurung dikuatkuasa oleh pihak tentera yang merampas kuasa.[34]

Dalam kalangan parti-parti pembangkang Turki, Parti Rakyat Republikan (CHP) mengeluarkan kenyataan bantahan terbuka mereka akan rampasan kuasa ini, dan Hürriyet Daily News melaporkan bahawa pemimpin Parti Pergerakan Kebangsaan (MHP) Devlet Bahçeli telah menelifon Perdana Menteri Binali Yıldırım bagi menyatakan bantahan beliau ke atas rampasan kuasa.[55] Pengerusi bersama Parti Demokrratik Rakyat (HDP) mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa parti "dalam semua keadaan dan dari segi prinsip menentang sebarang bentuk rampasan kuasa..."[56]

Antarabangsa

  •  Australia – Menteri Luar Negeri Julie Bishop mengumumkan bahawa beliau telah bercakap pada pagi ini dengan Duta James Larsen di Kedutaan Australia di Ankara dan mengikuti rapat situasi ini.[57]
  •  Kanada – Menteri Luar Negeri Stéphane Dion membuat tweet bahawa beliau "bimbang" dan mendesak supaya "tenang, akur, [dan] keselamtan rakyat Turki."[58] Prime Minister Justin Trudeau released a statement calling for restraint by all parties, stating Canada supports the preservation of democracy in Turkey, and condemns any attempt to undermine its democratic institutions by "force of arms".[59]
  •  Georgia - Perdana Menteri Georgia Giorgi Kvirikashvili mengatakan bahawa Georgia mengikuti perkembangan "dengan amat bimbang," dan satu sesi tergempar Majlis Keselamatan Negara telah dibuat, yang mana dihadiri oleh Presiden Giorgi Margvelashvili. Kvirakishvili juga mengatakan sempadan Georgia-Turki akan ditutup dengan secepat mungkin, meskipun tiada kejadian berlaku berhampiran dengan sempadan.[60]
  •  Jerman – Steffen Seibert, setiausaha akhbar kerajaan Jerman, membuat tweet bahawa undang-undang demokratik di Turko=i mesti dihormati.[61]
  •  Greece – Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mengumumkkan di Twitter bahawa "kerajaan dan rakyat Greece berdiri teguh di sisi demokrasi dan keluhuran perlembagaan."[62]
  •  Iran – Menteri Luar Negeri Javad Zarif membuat tweet beliau "bimbang" akan krisis di Turki dan "kestabilan, demokrasi dan keselamatan rakyat Turki adalah keutamaan" dan mendesak "kesatuan dan kebijaksaan undang-undang" di kalangan rakyat Turki. [63]
  •  Ireland – Menteri Luar Negeri Charlie Flanagan membuat kenyataan agar mengawal dan menghormati institusi demokrasi di Turki.[64]
  •  Malaysia Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak menyatakan: ''Turki dan Malaysia adalah sekutu firma dalam memerangi keganasan dan ekstremisme. Kami rakan dagangan dan negara-negara sekutu dalam Pertubuhan Kerjasama Islam. Kami berdiri bersama-sama menentang percubaan rampasan kuasa untuk melemahkan bangsanya, seperti yang dinyatakan melalui peti undi. Rampasan kuasa dalam apa jua bentuk tidak harus dibiarkan, Ia terutamanya mengenai ramai terbunuh dan cedera. Ingatan dan doa kami bersama rakyat Turki''
  •  Qatar – Menteri Luar Negeri mengumumkan bahawa "Qatar meluahkan kecaman dan mengutuk cubaan rampasan kuasa, tanpa undang-undang, dan melanggar kesahihan perlembagaan Republik Turki."[65]
  •  Rusia – Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov membuat satu kenyataan dan berkata bahawa adalah penting untuk "mengelakkan pertumpahan darah" di Turki dan "sebarang isu harus diselesaikan mengikut rangka kerja perlembagaan."[40]
  •  Somalia – Menteri Luar Negeri Somalia membuat tweet bahawa Presiden Hassan Sheikh Mohamud mengutuk cubaan rampasan kuasa.[66] It also tweeted that the President was "very glad to hear that evil forces who tried to turn Turkey into a violence ground have been defeated.’’[67]
  •  Ukraine – Menteri Luar Negeri Pavlo Klimkin menulis di Twitter: "Keutamaan kunci Turki kini adalah menghormati institusi yang dipilih secara demokrasi dan menyelamatkan nyawa rakyat." [68] Presiden Petro Poroshenko membuat tweet menyatakan beliau "bimbang"[69] dan "Ukraine menyokong Presiden dan Kerajaan Turki yang dipilih secara demokrasi"[70].
  •  United Kingdom – Setiausaha Luar Boris Johnson membuat tweet menyatakan "bilau amat bimbang perkembangan yang berlaku di Turki," dan keduataan Britian sedang mengawasi dengan rapat situasi ini. Beliau menasihati warganegara Britain untuk mengikuti tapak sesawang Pejabat Luar Negeri dan Kommonwealth untuk nasihat.[40]
  •  Amerika Syarikat – Setiausaha Negara John Kerry berkata beliau "berharap untuk kestabilan, keamanan, berterusan di Turki."[40] Presiden Barack Obama telah diberitahu berkenaan situasi.[71] Kedua-dua mereka “bersetuju kesemua pihak di Turki harus menyokong Kerajaan Turki yang dipilih secara demokratik, mengawal diri, dan mengelakkan sebarang keganasan atau pertumpahan darah."[38] Kedutaan Amerika Syarikat di Ankara telah mengeluarkan satu Pesanan Kecemasan, mendesak warganegara A.S. di Turki untuk "menghubungi keluarga dan rakan bagi memberitahu mereka kamu berada dalam keadaan selamat," juga mengikuti "berita tempatan untuk berita terkini, mengelakkan kawasan konflik dan berhati-hati apabila berada dalam kawasan tentera atau pasukan keselamatan."[72]"Department of State on Twitter".</ref>

Pertubuhan antarabangsa

Rujukan

WikiPedia: Percubaan rampasan kuasa Turki 2016 http://foreignminister.gov.au/releases/Pages/2016/... http://www.ctvnews.ca/world/canadian-travellers-in... http://pm.gc.ca/eng/news/2016/07/15/statement-prim... http://live.aljazeera.com/Event/TURKEY_COUP_ATTEMP... http://www.aljazeera.com/news/2016/07/turkey-prime... http://www.bbc.com/news/live/world-europe-36811357 http://www.bbc.com/news/world-europe-36099889 http://www.bbc.com/news/world-europe-36809083 http://edition.cnn.com/2016/07/15/world/live-blog-... http://www.dailysabah.com/politics/2016/07/16/turk...